Soal Surat Hadi, Anwar Ibrahim: Buat Masa Ini 'Tidak Cenderung' Ambil Tindakan | Malaysia News

Soal Surat Hadi, Anwar Ibrahim: Buat Masa Ini ‘Tidak Cenderung’ Ambil Tindakan

Soal Surat Hadi, Anwar Ibrahim: Buat Masa Ini ‘Tidak Cenderung’ Ambil Tindakan

Kuala Lumpur, MTN – Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau buat masa ini “tidak cenderung” untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang meskipun dinasihatkan peguam berbuat demikian.

Ia berhubung tuduhan Abdul Hadi yang mengaitkannya dengan pergerakan Freemason.

“Peguam ada cadangkan tetapi saya ini tak sangat cenderung setakat ini, kita tengok dahulu,” katanya dalam sidang media secara langsung di akaun Facebook sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan warganet di media sosial berhubung tuduhan Abdul Hadi dalam satu surat yang dikirim pemimpin PAS itu kepada pemimin gerakan Islam.

Surat bertarikh 22 Mac dengan tajuk “Gerakan Islah Secara Aman, Bukan Rampasan Kuasa dan Revolusi” yang ditulis dalam bahasa Arab itu dikesan tersebar di media sosial sejak 4 April lalu.

Surat yang dikatakan ditulis Abdul Hadi itu mengundang pelbagai kritikan kerana mengandungi pelbagai dakwaan terhadap Pakatan Harapan (PH) serta memburukkan Anwar, selain mempertahankan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Pada 9 April lalu, Anwar turut menjelaskan maklumat yang dinyatakan dalam surat ditulis Abdul Hadi sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu tidak sahih.

Bersama paparan sekeping gambar, Anwar menunjukkan laman “Civil Service Lodge No.143” yang mempunyai kakitangan dengan nama yang sama dengannya, “w.bro Anwar Ibrahim.”

Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki warga asing berbadan gempal, berpakain sut hitam bersama tiga orang rakannya, pada tahun 2006.

Sementara itu, Anwar yang juga merupakan Anggota Parlimen Port Dickson menjelaskab bahawa beliau belum pernah berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump atau bermain golf bersama bekas jawatan terbabit Barack Obama.

Katanya, kenalannya di AS hanyalah kawan-kawan lamanya.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan (Donald) Trump, saya tidak pernah main golf dengan (Barack) Obama.

“Kalau (Barack) Obama menyuarakan pandangan untuk saya keluar dari penjara, saya ucapkan terima kasih bahkan ada sahabat saya dari pemimpin Turki juga gesa perkara sama,” katanya lagi.[mk]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply