khalid Samad: Guan Eng Rela Lepas Jawatan Asalkan Dr M Jadi PM
khalid Samad: Guan Eng Rela Lepas Jawatan Asalkan Dr M Jadi PM
Kuala Lumpur, MTN – Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata bahwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai menteri kewangan asalkan Dr Mahathir Mohamad sebelum ini kekal sebagai perdana menteri.
Khalid berkata, perkara itu dinyatakan Lim ketika rundingan agar Dr Mahathir dicalonkan semula sebagai perdana menteri bagi undian kali kedua untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kata Khalid, pemimpin DAP itu juga bersedia mengurangkan jumlah menteri DAP dalam kabinet baru.
“DAP kata ‘tak apa Tun, oleh kerana kami, orang Melayu tak boleh terima (DAP), kurangkan jumlah menteri DAP pun tak apa’.
“Lim Guan Eng sendiri kata, ‘kalau saya digunakan sebagai alasan orang Melayu tak boleh terima Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, saya tak jadi menteri kewangan pun tak apa’,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Khalid berkata demikian dalam Majlis Temu Rapat Aktivitis PH Shah Alam di Dewan Meranti Seksyen 19 di Shah Alam malam tadi.
Minggu lepas, selepas Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri berikutan krisis politik yang melanda negara, Yang di-Pertuan Agong memanggil kesemua anggota parlimen untuk mengetahui sokongan mereka kepada bakal perdana menteri baru.
PH pada mulanya memberitahu Agong bahawa mereka menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, setelah enggan menerima rancangan Mahathir untuk membentuk kerajaan perpaduan tanpa memihak parti politik.
Bagaimanapun, keadaan ini menyebabkan tiada siapa yang mempunyai majoriti mudah dalam Dewan Rakyat.
Ini membawa kepada Bersatu, Umno, dan PAS, bersama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Mesyuarat sebelas jam antara Mahathir dan PH membuat kesepakatan untuk menyekat Muhyiddin, tetap tidak berjaya menghalang presiden Bersatu itu daripada mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.
PH kini merancang untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di Dewan Rakyat.
Parlimen dijadual bersidang pada Isnin depan, namun ditangguhkan sehingga 18 Mei selepas perubahan kerajaan.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri