Khianati Parti, AMK PKR Desak 18 Pemimpin Parti Dibuang | Malaysia News

Khianati Parti, AMK PKR Desak 18 Pemimpin Parti Dibuang

Khianati Parti, AMK PKR Desak 18 Pemimpin Parti Dibuang

Khianati Parti, AMK PKR Desak 18 Pemimpin Parti Dibuang

Kuala Lumpur, MTN – Sekumpulan anggota Pemuda PKR (AMK) mendesak 18 pemimpin parti yang dikaitkan dengan Azmin Ali, yang menjadi antara sebab jatuhnya kerajaan PH, agar dibuang daripada parti itu.

Diketuai Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab, kumpulan itu menghantar memorandum kepada kepimpinan PKR tengah hari ini.

Bercakap dengan pemberita selepas itu, dia enggan mendedahkan nama 18 pemimpin yang dimaksudkan.

“Harapan kita ialah 18 nama yang disenaraikan ini segera disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. Kita yakin (senarai ini) bukan merangkumi semua, masih ada lagi yang tak disenaraikan.

“Tapi 18 orang ini paling ketara, malah ada antara mereka yang berada di Hotel Sheraton (pada malam 23 Feb) dan dalam pertemuan rahsia dengan bekas timbalan presiden yang dipecat,” katanya.

Dia berkata lagi, sejumlah 1,789 anggota PKR menyokong memondarum “pecat pengkhianat” tersebut, yang menurutnya turut melampirkan bukti dakwaan salah laku.

Memorandum itu diserahkan kepada Lembaga Disiplin PKR dn Majlis Pimpinan Pusat PKR.

‘Kemaafan Anwar tak kena tempat’

Syukri memberi peringatan bahawa keberadaan pemimpin yang menyokong Azmin dalam PKR boleh “menjadi barah” pada masa akan datang.

“AMK khuatir jika kumpulan yang masih berbaki ini terus dibiarkan dalam PKR, mereka akan jadi barah yang bakal meledakkan episod pengkhianatan yang berterusan. Kita memohon presiden agar tidak perlu lagi memberi muka kepada mereka.

“Jiwa besar (Anwar) yang ingin menjaga keharmonian parti sering disalah guna demi kepentingan kumpulan mereka,” katanya.

“Kita hormat pendirian presiden…(tetapi) tak kena tempat pada hari ini, sudah tak sesuai,” katanya lagi.

Syukri juga menyasarkan pemimpin parti yang didakwanya menyatakan kesetiaan kepada parti untuk melindungi diri sendiri, bagaimanapun tidak menyebut nama mereka secara khusus.

“Kami juga sedar ada segelintir individu daripada kumpulan pengkhianat ini kini melaungkan kesetiaan kepada parti. Kami yakin ini hanya langkah selamat untuk menjaga kedudukan atau jawatan mereka,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyangkal dakwaan ada rancangan untuk menyingkirkannya.

dikenali sebagai penyokong Azmin sebelum ini, dia berkata telah mengenepikan kesetiaan peribadi demi parti.

“Saya akan bersama dengan dia (Azmin) selagi masih dalam parti, tetapi selepas dia meninggalkan parti, saya akan mengikuti jejak parti saja.

“Saya akan bersama PKR sejajar dengan janji saya dalam kempen pilihan raya umum (PRU14). I am a party man (saya orang parti),” katanya di Shah Alam semalam.

Pada hujung minggu lalu, anggota PKR yang marah dengan kemelut politik yang berlaku menyerang naib presiden Tian Chua – yang turut dilihat sebagai penyokong Azmin – di ibu pejabat parti di Petaling Jaya.

Selepas menyerahkan memorandum itu, kumpulan AMK tersebut mengangkat barua yang antara lain memaparkan: “Pecat pengkhianat”, “geng Azmin sila berambus” dan “pecat barua, Si Kitol”.

Turut hadir ialah Naib Ketua AMK Thiban Subramaniam, Naib Ketua AMK Selangor Pravin Murali dan Timbalan Ketua AMK Wilayah Persekutuan Mundzir Zahir.[MK]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply