Khalid Samad Keluar Dewan Selepas Diasak Bertubi-Tubi
Khalid Samad Keluar Dewan Selepas Diasak Bertubi-Tubi
Kuala Lumpur, MTN – Ahli Parlimen, Khalid Abdul Samad (Shah Alam-PH) bertindak keluar dewan dipercayai kerana ‘panas telinga’ selepas diasak bertubi-tubi oleh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Putih-Pas).
Pada mulanya berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua dengan Nik Muhammad Zawawi mengingatkan Khalid bahawa beliau akan kehilangan kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
“Kita bertanding dan tentunya Shah Alam berada di Shah Alam dan bukannya di dewan ini.
“Shah Alam kena tunggu dan Shah Alam ingat apa yang saya sebut dalam sedikit masa lagi Shah Alam akan tahu di mana tempat duduk Shah Alam,” kata Nik Muhammad Zawawi.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Khalid bingkas meninggalkan ‘tempat duduk’nya di dalam Dewan Rakyat sebaik Nik Muhammad Zawawi menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Diraja.
Tindak tanduk Khalid itu disedari Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-BN) yang kemudian memberitahu dewan ‘Shah Alam sudah lari’.
Namun, Khalid kemudian menjawab bahawa beliau tidak lari, sebaliknya hanya berjalan-jalan sebelum kelibatnya tiba-tiba hilang dari Dewan Rakyat.
Sebelum perbahasannya dicelah oleh Khalid, Nik Muhammad Zawawi merakamkan penghargaan terhadap semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang sanggup mengorbankan kepentingan dalam parti masing-masing demi menjayakan gagasan yang mulia itu.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri