Syed Saddiq Dipanggil Ke Pejabat SPRM
Syed Saddiq Dipanggil Ke Pejabat SPRM
Kuala Lumpur, MTN – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpaksa meninggalkan awal sesi Dewan Rakyat hari ini kerana dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya perlu meninggalkan Parlimen awal sikit hari ini kerana telah dipanggil ke Pejabat SPRM untuk membantu siasatan.
“Saya sedia dan sentiasa berikan kerjasama penuh dengan SPRM,” kata dalam media sosialnya hari ini.
Bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, beliau, ibu bapa dan seluruh ahli keluarganya juga sudah lama mengiystiharkan harta bagi menjamin ketelusan.
“Saya sentiasa berlaku jujur dan berani kerana benar. Semoga urusan saya dan SPRM hari ini dipermudahkan,” ujarnya.
Bagaimanapun Syed Saddiq tidak menyatakan secara terperinci tujuan beliau diarahkan pergi ke pejabat SPRM hari ini.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri