Ahli Parlimen Kerajaan Menentang Cadangan Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Kerajaan Menentang Cadangan Zuraida Kamaruddin
Cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mahu melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) mendapat tentangan daripada Ahli Parlimen kerajaan.
Antara yang menentang hasrat Zuraida itu adalah Ahli Parlimen (Tanjung Karang-BN), Tan Sri Noh Omar.
Menurut Noh, UMNO Selangor dan juga Pas menolak cadangan itu kerana ia merupakan manifesto Pakatan Harapan (PH) dan bukannya lahir dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Saya mahu tegaskan di dalam dewan ini bahawa PAS dan UMNO Selangor tolak pilihan raya tempatan ini.
“Ini siapa punya manifesto. Ini manifesto PH, DAP ke siapa saya tidak tahu lah,” katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Bantahan Noh itu turut disokong Ahli Parlimen (Pasir Puteh-PAS), Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh serta Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit – GPS).
Dalam pada itu, Ahli Parlimen (Lembah Pantai-PH) Fahmi Fadzil yang mencelah mempersoalkan bantahan Noh dan kesediaan pihaknya untuk menarik diri dari kerajaan PN sekiranya pihak Kementerian Perumahan Kerataaan Tempatan (KPKT) masih mahu meneruskan rancangan tersebut.
Noh kemudian bingkas dari tempat duduknya dan menjawab bahawa itu bukan soal tarik diri, tetapi hasrat dari pihaknya.
“Bukan tarik diri, ini hasrat kita. Saya harap menteri pun boleh faham bahawa ini cadangan dari PH, Sekarang kerajaan PN. Tiada manifesto,” ujarnya.
Semalam, Zuraida dilapor berkata, sewaktu di dalam kerajaan PH, tiada sesiapa dalam gabungan itu yang menyokong cadangannya berhubung pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan.
Zuraida yang ketika itu memegang portfolio sama berkata, ideanya itu disanggah oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, pihak kementerian akan melakukan kajian berkenaan pilihan raya kerajaan tempatan yang akan dibentangkan dalam kabinet menjelang pertengahan tahun 2021.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri