UMNO Punyai Kerusi Terbesar Dalam PN Namun Tidak Menjadi Dominan - Najmil | Malaysia News

UMNO Punyai Kerusi Terbesar Dalam PN Namun Tidak Menjadi Dominan – Najmil

UMNO Punyai Kerusi Terbesar Dalam PN Namun Tidak Menjadi Dominan – Najmil

Kuala Lumpur, MTN: UMNO perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan dan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutamanya dalam menguruskan kerjasama politik antara parti komponen.

Exco Pemuda Pergerakan UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed, dalam PH, parti yang paling bekerja keras ialah PKR dan DAP serta mereka adalah parti yang mempunyai kerusi terbesar dan seharusnya mereka perlu menjadi dominan.

Jelas beliau, selepas bekerjasama dengan Bersatu, PH seolah-olah telah diambilalih oleh Bersatu apabila kerajaan PH dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir  Mohamad mempunyai kerusi paling sedikit dalam PH.

“Bersatu menjadi dominan dalam PH walaupun mempunyai kerusi yang sedikit. Krisis politik antara Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyumbang kepada keruntuhan kerajaan ini.

“Begitu juga dengan UMNO pada hari ini. Walaupun menjadi sebahagian daripada kerajaan PN dan mempunyai kerusi terbesar namun UMNO tidak lagi dominan dan UMNO juga berpontensi menjadi seperti PKR dan DAP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Najmil yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu, tiada istilah ‘tumpang tuah’ dengan populariti UMNO dan kerja keras parti terbesar Melayu itu telah meningkatkan kepercayaan rakyat.

Jelas beliau, selama 22 bulan menjadi pembangkang, UMNO bekerja keras membina semula reputasi parti.

“Kini, kerusi milik UMNO hendak diagih-agihkan secara rundingan. Jika ini berlaku, UMNO akan mati dan mendapat nasib yang sama seperti PKR dan DAP.

“Lebih buruk, kepercayaan ahli dan akar umbi telah dikhianati jika kerusi UMNO tidak dipertahankan. UMNO hanya tinggal sejarah. Sejarah parti yang banyak mencurahkan jasa kepada negara dan kini hanya seperti melukut di tepi gantang,” katanya.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply