Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Kontrak Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi
Kuala Lumpur, MTN – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini meskipun hasil pengeluaran dijangka rendah pada minggu hadapan.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak soya yang mengukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) Amerika Syarikat ketika waktu urus niaga Asia juga menguatkan sentimen pasaran.
“Kami mengesan paras sokongan pada RM3,300 dan paras halangan pada RM3,400,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup, kontrak niaga hadapan MSM bagi bulan Disember 2020 meningkat RM57 kepada RM3,506 setan metrik, Januari 2021 naik RM43 kepada RM3,413 setan metrik, Februari 2021 menokok RM42 kepada RM3,347 setan metrik dan Mac 2021 bertambah RM36 kepada RM3,282 setan metrik.
Jumlah dagangan susut kepada 50,262 lot daripada 54,282 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka turun kepada 229,155 kontrak daripada 231,599 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan naik RM20 kepada RM3,520 setan metrik.
[bernama]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor