Lagi, Timbalan Speaker Pun Langgar PKP

Lagi, Timbalan Speaker Pun Langgar PKP
Kuala Lumpur, MTN – Selepas gambar Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali tular kerana didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini gambar Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon pula disebarkan.
Gambar itu dikongsikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Foto tersebut menunjukkan Mohd Rashid sedang menikmati hidangan bersama beberapa orang termasuk Pegawai Daerah Batu Pahat selepas menyampaikan sumbangan di Parlimen Batu Pahat.
”Hari itu Timbalan Menteri Kesihatan 1. Yang ni Timbalan Speaker Parlimen Malaysia pula,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Fahmi berkata, beliau kesal ramai anggota pentadbiran dan ahli blok kerajaan yang tidak mengubah program mereka dan masih berkenduri seperti biasa ketika PKP dilaksanakan.
”Pegawai Daerah seharusnya menegur, bukan jamu selera bersama,” ujarnya.[MG]
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri