Langgar PKP, Pimpinan PH: Maaf Sahaja Tak Cukup | Malaysia News

Langgar PKP, Pimpinan PH: Maaf Sahaja Tak Cukup

Langgar PKP, Pimpinan PH: Maaf Sahaja Tak Cukup

Kuala Lumpur, MTN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menegaskan permohonan maaf daripada Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mencukupi.

Menurut bekas Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Razman dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali perlu dikenakan kompaun sebagaimana yang dikenakan kepada mana-mana pesalah yang bertindak melanggar arahan PKP.

“Tidak memadai mohon maaf! Menteri/timbalan menteri/timbalan speaker yang langgar PKP sila bayar kompaun,” katanya di Twitter.

Nada sama turut diluahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Young Syefura atau Rara berkata, apakah sekiranya perkara itu dilakukan rakyat marhaen, adakah kerajaan boleh menerima permohonan maaf dan tidak mengenakan sebarang tindakan keatas mereka.

“Cukup mohon maaf? Kalau rakyat kena depa mohon maaf je ok lah?,” katanya di Twitter.

Razman yang juga Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil Perak itu hari ini bertindak membuat permohonan maaf terbuka kerana melanggar arahan PKP.

Bagaimanapun, masih belum ada apa-apa kenyataan atau permohonan maaf daripada Noor Azmi berhubung pelanggaran PKP itu.

Untuk rekod, pesalah akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Bagi kesalahan kedua bawah akta tersebut, ia membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, atau denda atau kedua-duanya. [MG]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply