Lebih 4.6 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar di seluruh dunia


Lebih 4.6 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar di seluruh dunia
MTN – Lebih 4.608 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.83 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India dengan 529 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 353 juta dos.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dan Jepun, manakala Jerman menghampiri jumlah tersebut.
Manakala United Kingdom dan Perancis kini melebihi 80 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 79 juta, jauh meninggalkan negara lain.
Malaysia dan Filipina catat lebih 26 juta dos, manakala Thailand lebih 22 juta dos.
Singapura di tangga kelima dengan lebih 8.3 juta dos. [AA]
Author Profile

Latest entries
Tokoh2023.05.29PAS Bermimpi Ditawar Sertai Kerajaan, Kata TPM Zahid
National2023.05.28Seorang wanita sambut Mahiaddin ‘Selamat datang kluster mahkamah’
Top Issues2023.05.27Dana Judi: ‘Saya tak keluar kenyataan jika tiada asas’ – PM Anwar
Top Issues2023.05.26Dana Judi: Muhyiddin Yassin pertimbang saman PM Anwar