Linda Rafar Bersyukur Isu Saman Selesai | Malaysia News

Linda Rafar bersyukur isu saman selesai

Linda Rafar bersyukur isu saman selesai

Linda Rafar bersyukur isu saman selesai

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar akhirnya boleh menghela nafas lega apabila mahkamah menolak saman komital seorang jururawat terhadapnya dengan kos RM5,000.

Kata Linda, dia bersyukur kerana selama ini ingatan terhadap arwah ibunya Rasimah Abd Rahman banyak membantu memberikannya kekuatan untuk terus berjuang.

“Alhamdulillah, apa yang ditempuhi selama ni akhirnya sudah selesai. Segala dugaan saya hadapi dengan cekal apabila fikirkan arwah mak,” katanya.

Pemilik nama penuh Azlinda Rafar itu ditemui pada majlis diadakan bagi meraikan peminatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, perkara itu didedahkan peguam Linda, Nurul Hafidzah Hassan.

Ibu Linda meninggal dunia pada 11 Jan tahun lalu selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Shah Alam akibat gigitan serangga dan menjalani pembedahan akibat jangkitan.

Sebelum itu, tangan kiri arwah terpaksa dipotong akibat komplikasi kerana ia sudah merebak dalam darah.

Mahkamah Seksyen Shah Alam bersetuju bahawa Linda tidak bersalah dan telah memenuhi kesemua bahagiannya dalam persetujuan tersebut seperti yang dijanjikan.

Isu Linda dan jururawat terbabit bermula selepas pelakon itu memuat naik satu perkongsian di media sosial sambil membuat kenyataan bahawa dia kesal dengan layanan diterima ibunya.

Walaupun pernah timbul isu dengan jururawat, Linda akui dia sedikit pun tidak fobia untuk berurusan dengan pihak hospital.

Pada masa sama, Linda berkata, dia sebelum ini memang tidak pernah mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak sebaliknya – sekiranya ada – hanya bertindak untuk menakut-nakutkan dan tidak lebih daripada itu.

“Saya tak pernah saman sesiapa sebelum ni, ramai yang tak tahu perkara tu, tapi orang yang saman saya.

“Ada juga saya pernah kata nak saman netizen namun, tu sekadar bercakap kerana lepas tu saya tarik balik saman berkenaan.

“Cuma lepas ni saya sedang ambil tindakan susulan untuk pihak yang memburuk-burukkan nama saya hingga menjejaskan perniagaan dilakukan berkaitan isu sama,” katanya. [mk]

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply