Mahathir: Kerajaan PN Telah Menyalahgunakan Kuasa Seperti Zaman Najib
Mahathir: Kerajaan PN Telah Menyalahgunakan Kuasa Seperti Zaman Najib
Putrajaya, MTN – Tun Dr Mahathir Mohamad berkali-kali menyebut nama Datuk Seri Najib Tun Razak sambil mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menyalahguna kuasa seperti mana zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Najib.
Dakwaannya itu berkait rapat dengan pelantikan beberapa ahli politik dalam syarikat milik kerajaan yang mana menurut beliau amalan seumpama itu telah ‘dibersihkan’ semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan
Beliau juga mendakwa amalan tersebut sebagai cubaan merasuah dengan menawarkan jawatan kepada mereka yang mengkritik kerajaan.
Kata Dr Mahathir perbuatan tersebut merupakan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Perikatan Nasional dan sudah tentu ada yang sanggup menerima jawatan setaraf menteri dengan gaji kira-kira RM18,000.
“Perkara yang sama berlaku dengan apa yang telah Najib lakukan dahulu.
“Dalam tempoh dua setengah bulan kerajaan telah menunjukkan mereka sanggup menyalahgunakan kuasa dengan memanggil orang-orang yang tidak menyokong kerajaan dan menawarkan jawatan menyamai taraf menteri.
“Mereka dilantik kerana kerajaan mahu menyogok orang-orang ini dirasuah dan tentunya ada yang kecundang,” katanya sambil menambah kerajaan sekarang akan kembali ke zaman Najib dan keadaan akan menjadi bertambah teruk.
Menurut Dr Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah meletakkan golongan profesional dalam syarikat milik kerajaan namun kerajaan sekarang telah menggantikan mereka dengan orang politik.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, usaha kerajaan membendung pandemik Covid-19 menampakkan hasil kerana ia diterajui oleh seorang doktor walaupun pada peringkat awal ada cubaan untuk meletakkan orang politik kerana ia memberikan publisiti yang baik kepada individu berkenaan.
“Aatu ketika, ada usaha untuk mengeluarkannya (doktor) dan menggantikannya dengan ahli politik kerana ia memberi publisiti yang baik kepada ahli politik itu, tetapi ada bantahan kerana pegawai itu masih ada,” katanya.
Kenyataannya itu merujuk kepada usaha membendung pandemik itu yang pering
kat awal diterajui Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba, bagaimanapun ia kemudian dikendalikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir mendakwa rakyat masih tidak dapat menikmati bantuan yang diumumkan kerajaan malah menurut beliau Perikatan Nasional hanya nampak elok di akhbar hakikatnya rakyat menderita.(MG)
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri