Malaysia Sumbang Vaksin AstraZeneca Kepada Bangladesh Dan Laos | Malaysia News

Malaysia Sumbang Vaksin AstraZeneca Kepada Bangladesh dan Laos

Malaysia Sumbang Vaksin AstraZeneca Kepada Bangladesh dan Laos

Malaysia Sumbang Vaksin AstraZeneca Kepada Bangladesh dan Laos

Kuala Lumpur, MTN – Kerajaan bersetuju menyumbang 559,200 dos vaksin jenis AstraZeneca kepada Bangladesh dan 283,400 dos kepada Laos, bagi memastikan negara-negara yang memerlukan mendapat kesaksamaan akses kepada bekalan vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sehingga hari ini, kadar vaksinasi lengkap bagi populasi Bangladesh adalah 20 peratus manakala bagi Laos adalah 24 peratus, dan kedua-dua negara tersebut bakal menerima sumbangan bekalan vaksin pada Isnin (6/12/2021).

Beliau memberi jaminan bahawa dengan pemberian sumbangan itu, negara masih mempunyai stok bekalan vaksin yang mencukupi untuk program vaksinasi populasi dewasa, remaja dan juga pemberian dos penggalak kepada mereka yang telah layak.

“Kementerian Kesihatan (KKM) berharap sumbangan ini dapat membantu usaha kerajaan kedua-dua negara dalam menangani pandemik COVID-19 serta meningkatkan lagi kadar vaksinasi di negara masing-masing.

“Kerajaan melalui KKM dan Wisma Putra akan terus mengenal pasti dan membantu negara-negara yang mencatatkan kadar vaksinasi yang rendah melalui pemberian sumbangan vaksin COVID-19,” katanya satu dalam kenyataan.

Khairy berkata, Malaysia sebelum ini juga pernah menerima sumbangan vaksin dari empat negara iaitu Jepun, Amerika Syarikat, China dan United Kingdom dengan jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima sebanyak 2,913,790 dos.

“Sumbangan ini telah membantu meningkatkan kadar liputan vaksinasi di dalam negara dan kini, Malaysia berharap dapat lakukan perkara yang sama kepada negara-negara yang memerlukan,” katanya.

 

[BERNAMA]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply