Mat Hasan: 'Ini Semua Fitnah Nak Burukkan Pemimpin Umno | Malaysia News

Mat Hasan: ‘Ini Semua Fitnah Nak Burukkan Pemimpin Umno

Mat Hasan: ‘Ini Semua Fitnah Nak Burukkan Pemimpin Umno

Kuala Lumpur, MTN – Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menolak dakwaan yang tular bahawa parti itu membuat pengisytiharan keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Menyifatkannya sebagai fitnah terhadap pemimpin Umno, Mohamad berkata, tiada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno membincangkan perkara itu,

Menerusi hantaran di Facebook, Mohamad memaparkan tangkap layar imej beliau beserta keterangan ‘Umno Isytihar Keluar PN’ yang kelihatan seperti petikan tajuk dari sebuah blog.

“Semalam tak ada mesyuarat MT pun, saya dan keluarga ada di kampung Rantau.

“Ini semua fitnah yang tak sudah-sudah nak memburukkan pemimpin Umno,” katanya di Facebook.

PN ditubuhkan pada Mac lalu apabila Muhyiddin Yassin dilantik menjadi perdana menteri selepas mendapat sokongan daripada BN, PAS, GPS, beberapa parti dari Sabah dan bekas pemimpin PKR.

Krisis politik itu bermula apabila Muhyiddin selaku Presiden Bersatu mengisytiharkan parti itu keluar daripada PH disusuli tindakan Dr Mahathir Mohamad, selaku pengerusi parti meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Umno dan PAS bekerjasama dalam sebuah gagasan yang dikenali sebagai Muafakat Ummah dan sebelum ini menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

Bagaimanapun PN belum didaftarkan secara rasmi.

Beberapa pemimpin Umno dikatakan tidak sehaluan dengan gabungan berkenaan terutama dari segi pembahagian kerusi dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.[mk]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply