Mat Hasan: "Pesona Nafsu" Sangat Merbahaya | Malaysia News

Mat Hasan: “Pesona Nafsu” Sangat Merbahaya

Mat Hasan: “Pesona Nafsu” Sangat Merbahaya

Mat Hasan: “Pesona Nafsu” Sangat Merbahaya

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengingatkan parti itu supaya tidak “terpesona dengan nafsu” berhubung spekulasi kerajaan campuran membabitkan Bersatu, Umno dan PAS.

Jelas bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, “pesona nafsu” sangat merbahaya dan dalam politik perlu ada kejelasan dan tujuan “lamaran”.

“Kepada kita yang dilamar ini, janganlah terlalu berbunga-bunga hati kita. Jangan berasa terlalu didambakan. Jangan sesekali terburu-buru hanya kerana sekali dua telah bertentang mata. Pesona nafsu kekadang sangat merbahayakan.

“Dalam politik, kita mesti ada kejelasan dalam tujuan, aspirasi dan tindakan. Paling penting, dalam politik jangan pernah kita lupa apa itu ‘perjuangan’.

“Pertimbangkanlah perkara berikut dengan semasak-masaknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Spekulasi mengenai kerajaan campuran tercetus apabila perkara itu dibangkitkan Ahli Majis Tertinggi Lokman Noor Adam pada 3 Feb lalu.

Lokman tampil membidas presidennya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, beliau amat malu kerana mempunyai seorang ‘presiden yang lemah’ dan tiada jati diri.”

Lokman turut mengepil petikan rakaman audio sepanjang tiga minit 18 saat, yang didakwanya diucapkan Zahid ketika muncul dalam mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno.

Antara lain, petikan audio itu menyatakan bahawa bersandarkan Muafakat Nasional, Umno perlu mengikut tindakan PAS “supaya tidak tertinggal di belakang”, selain bagi menyelamatkan Umno daripada diharamkan.

Mengulas lanjut, Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Mad Hasan berkata, Umno perlu menilai lamaran yang sama ada ia mendatangkan keuntungkan kepada parti dan orang Melayu.

“Adakah tujuan lamaran itu ikhlas dan strategik kepada kepentingan bangsa, agama dan parti? Adakah ia menguntungkan parti dan bangsa Melayu dalam jangka masa panjang? Juga adakah kemudaratannya kepada Umno dan bangsa Melayu sekiranya ia tidak di laksanakan.

“Adakah jika lamaran itu ditolak, kedudukan dan kepentingan Melayu itu akan jadi lebih parah?

“Dan jika dilaksanakan apakah pula modus operandinya? Bagaimanakah pelan ini akan dilaksanakan agar boleh memaksimumkan kebaikan kepada parti dan bangsa Melayu?” soal Mohamad.

Jelasnya, semua perkata itu harus diperhalusi sedalam-dalamnya dan jangan sesekali gopoh membuat keputusan, sebaliknya perlu berhikmah dalam perhitungan.

“Kita mesti ingat. Sesuatu yang kelihatan dan kedengaran terlalu baik itu, boleh jadi perkara yang sebaliknya. ‘Too good to be true’ adalah ratib berwaspada yang sebenarnya matang dan berasas,” tambahnya lagi.

Beliau turut menyarankan supaya “lamaran” itu segera di bawa ke meja perbincangan pelbagai peringkat dalam parti untuk dibincangkan, dibahaskan secara mendalam dengan sejujurnya.

-Malaysiakini

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply