Mohamad Hasan: Pakej Tambahan Langkah Radikal Rangsang Ekonomi PKS | Malaysia News
December 14, 2024

Mohamad Hasan: Pakej Tambahan Langkah Radikal Rangsang Ekonomi PKS

Mohamad Hasan: Pakej Tambahan Langkah Radikal Rangsang Ekonomi PKS

Mohamad Hasan: Pakej Tambahan Langkah Radikal Rangsang Ekonomi PKS

Kuala Lumpur, MTN – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan berjumlah RM10 billion satu langkah radikal merangsang ekonomi industri terlibat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan berkata, ia bertepatan dan menepati sasaran.

“Tindakan kerajaan Malaysia untuk menawarkan bantuan tambahan selepas pelbagai maklum balas diberikan sememangnya menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap denyutan nadi rakyat, peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana.

“Melalui pelbagai inisiatif yang dibentangkan, ternyata kerajaan mengiktiraf PKS sebagai tunjang utama ekonomi negara,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pengumuman yang disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Justeru Mohamad berharap dengan bantuan tambahan itu, beban majikan PKS dapat diringankan selain menjamin lebih daripada dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di Malaysia.

“Namun, saya ingin mengetengahkan limitasi kerajaan untuk memenuhi segala permintaan bantuan PKS.

“Walaupun kerajaan Malaysia telah mengambil kira pandangan dan kebimbangan yang disuarakan oleh pemegang taruh PKS berkaitan dengan kemelut yang dihadapi, namun kerajaan Malaysia perlu bertindak dengan wajar berasaskan kemampuan kewangan negara.

“Sesuai kemampuan kewangan sedia ada, kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen yang teguh untuk memastikan tiada segmen masyarakat yang tercicir daripada mendapatkan bantuan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, industri PKS tempatan mencatatkan sumbangan sebanyak 38.3 peratus atau RM521.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2018.[mg]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply