Muhyiddin: Sosok PM Tanpa Sokongan Antarbangsa
Muhyiddin: Sosok PM Tanpa Sokongan Antarbangsa
Kuala Lumpur, MTN – Perdana Menteri, Muhyiddin menerima pengiktirafan yang begitu minimum daripada masyarakat antarabangsa. Difahamkan, sejak secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ahad lalu, hanya sejumlah kecil negara yang mengucapkan tahniah di atas perlantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Apakah sebabnya? Dunia antarabangsa sebenarnya memerhatikan perkembangan demokrasi di Malaysia. Muhyiddin yang dipilih hasil dari gerakan manuver dan pengkhianatan suara rakyat di PRU-14, telah menetapkan tanggapan awal yang buruk dalam memahami demokrasi di dunia.
Selain itu, bagi sesetengah orang, perubahan kuasa juga mengancam kestabilan di negara jiran. Kerana, tidak ada yang dapat menjamin, perubahan model kerajaan seperti ini tidak akan terjadi di masa depan.
Hari ini, kemungkinan Pakatan Harapan adalah “rampasan” oleh Perikatan Nasional. Keesokan harinya, mungkin Pakatan Nasional digulingkan oleh Kerajaan Pintu Belakang yang lain. Dan seterusnya, sehinggalah tidak akan pernah berakhir.
Atas sebab demikian, setakat ini begitu sedikit Pemimpin Negara lain yang mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin. Mereka memahami bahawa Muhyiddin, yang memperoleh kuasa dengan cara yang tidak baik bahkan tidak mempunyai sokongan kerusi parlimen, mungkin mengalami nasib yang sama seperti pentadbiran terdahulu. Tiada siapa yang boleh memberi jaminan. Malah tiada jaminan bahawa kestabilan politik di Malaysia akan bertahan lama.
Oleh itu, adalah penting bagi semua elit politik Malaysia untuk memastikan Perdana Menteri yang dipilih mestilah mempunyai rangkaian dan sokongan antarabangsa. Kerana pada akhirnya sokongan antarabangsa sangat penting demi kemampanan Malaysia (Ekonomi, pelaburan dan bantuan antarabangsa).
Dan, nampaknya dalam kes ini, Muhyiddin tidak mempunyai hubungan dan rangkaian antarabangsa yang mencukupi. Setakat ini, hanya Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Tun Mahathir sahaja yang mempunyai kedua-duanya.
——————————————————————————————————————
@RaheemArshavin
Facebook Comments
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri