‘Kerajaan Pintu Belakang’ Berantakan dan Saling Bercakaran Sesama Sendiri
‘Kerajaan Pintu Belakang’ Berantakan dan Saling Bercakaran Sesama Sendiri
Kuala Lumpur, MTN – “Satu untuk kau, dua untuk aku” siapa yang tidak ingat dengan dialog dua orang penyamun dalam Nujum Pak Belalang arahan Seniman Agung Negara P. Ramlee.
Setelah hampir lebih setengah abad filem segar malar itu diputarkan, kini kita dihidangkan pula sebuah kisah “kerajaan pintu belakang” yang didirikan daripada hasil pengkhianat terhadap mandat rakyat.
Mereka kini dikhabarkan sedang bercakaran sesama sendiri untuk mendapatkan kedudukan dalam Kabinet.
The Malaysian Insight (TMI), awal pagi ini melaporkan bahawa Muhyiddin Yassin berdepan cabaran untuk menguruskan pemimpin-pemimpin UMNO yang kini berpuak-puak dan berebut-rebut mahu jadi menteri.
“Semua puak dalam UMNO mahukan tempat dalam Kabinet,” kata sumber parti itu seperti dipetik TMI.
Namun masalah timbul apabila Muhyiddin berjanji untuk menempatkan orang yang bebas rasuah dalam barisan Kabinetnya.
Adakah pemimpin UMNO yang sedang berdepan tuduhan rasuah dan penyelewengan di mahkamah, sekadar menyebut nama Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi, berpuas hati dengan kenyataan Muhyiddin ini?
Buat Muhyiddin, selamat maju jaya menguruskan kleptokrat yang dahagakan kuasa.
Author Profile
Latest entries
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
- CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
- NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
- NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan