MY JET Xpress Akan Perluas Perkhidmatan Kargo Ke Beberapa Wilayah Di China | Malaysia News

MY JET Xpress akan Perluas Perkhidmatan Kargo ke Beberapa Wilayah di China

MY JET Xpress akan Perluas Perkhidmatan Kargo ke Beberapa Wilayah di China

MY JET Xpress akan Perluas Perkhidmatan Kargo ke Beberapa Wilayah di China

Petaling Jaya, MTN – MY JET Xpress Airlines berhasrat untuk mengembangkan perkhidmatan kargonya ke beberapa wilayah di China seperti Shen Zhen pada suku pertama tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Azrul Hisham Abdul Wahab berkata adalah tepat pada masanya bagi syarikat penerbangan itu menceburi pasaran China memandangkan permintaan terhadap perkhidmatan kargo dilihat sangat menggalakkan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Selain itu, syarikat penerbangan kargo itu juga akan menambah kekerapan dengan pesawat baharunya, 9M-NEW yang akan mula beroperasi pada malam ini.

“Mulai minggu depan dan seterusnya, kami juga akan menambah kekerapan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak untuk operasi ekspres, di samping mengendalikan perkhidmatan biasa ke Singapura, Indonesia serta Vietnam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan kepada Petugas Barisan Hadapan dan Perasmian Penerbangan (9M-NEW) hari ini.

Menurut Azrul Hisham lagi, pesawat baharu keempat itu dirancang memulakan operasi pada suku kedua 2021, namun dipercepatkan ke tahun ini berikutan permintaan pasaran yang amat menggalakkan.

“Kita akan menambah satu lagi kekerapan pada 5 petang dan 6 petang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuching, masing-masing kepada seawal 11 pagi setiap hari ke kedua-dua tempat,” katanya.

Beliau berkata My JET juga bercadang untuk meneroka segmen lain dalam industri penerbangan iaitu sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

“Kami juga sedang meneliti projek pengangkutan vaksin memandangkan kami mempunyai infrastruktur yang mencukupi serta peralatan yang relevan bagi operasi seperti itu tetapi terlalu awal untuk kita meramalkan, kerana kita masih belum mendapat vaksin di Malaysia,” katanya lagi.

[bernama]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply