MYEG Bangun Sistem Profil Risiko Covid-19
MYEG Bangun Sistem Profil Risiko Covid-19
Kuala Lumpur, MTN – E.G. Services Malaysia (MYEG) telah membangunkan sistem pemprofilan risiko COVID-19 yang dikuasakan Kecerdasan Buatan (AI) dengan keupayaan termasuk geolokasi sejarah dan penjejakan anomali untuk pelancong China dan sekarang menjadikan teknologi tersebut tersedia untuk kerajaan Malaysia dan Filipina.
Syarikat itu berkata pengenalan inovasi ini tepat pada masanya telah dapat direalisasikan dengan memanfaatkan perkongsiannya dengan Phoenix Travel Worldwide Co., sebuah syarikat pengembaraan luar negara terkemuka di China yang pemegang sahamnya termasuk syarikat milik negara China (SOE), Citic Capital, Haier dan Legend Holdings / Lenovo.
Memandangkan COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), keperluan untuk pemprofilan pengesanan kesihatan pintar dan sistem pengesanan berkeupayaan mengendalikan sejumlah besar kemasukan pengembara China telah memerlukan tindakan segera oleh kerajaan di seluruh dunia, terutamanya dari negara-negara yang menjadi destinasi popular bagi pengunjung dari China.
Inovasi terkini MYEG adalah sistem automatik sepenuhnya yang merangkumi analitik sejumlah besar titik data yang ada, termasuk di mana mereka berada di tempat yang diketahui sebelumnya, serta denyutan jantung dan pembacaan tekanan darah yang dirujuk kepada penumpang pengangkutan awam, dan pendedahan kepada lokasi dengan kejadian jangkitan .
Di samping itu, sistem ini menyediakan libat urus yang berterusan dengan pelawat di dalam negara, dengan itu membolehkan pihak berkuasa kesihatan dimaklumkan tentang apa-apa anomali dan mengambil tindakan segera sewajarnya seperti pemindahan atau mengkuarantin orang yang terlibat.
Melaksanakan sekatan perjalanan kepada pelawat dari bandar-bandar tertentu seperti Wuhan dan Wenzhou boleh menjadi rumit dan tidak tepat jika kerajaan bergantung pada maklumat pasport, katanya.
Dengan sistem ini, maklumat geolokasi sejarah, ditambah dengan parameter lain yang berkaitan, mewujudkan profil risiko kesihatan pada pelancong individu yang membolehkan pihak berkuasa menjalankan penilaian lebih terperinci mengenai pengunjung yang mempunyai risiko kesihatan tinggi.
“Algoritma analisis data sentiasa berubah ketika kita mempelajari lebih lanjut mengenai virus tersebut,” katanya.[bernama]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri