Najib: Formula Muafakat Nasional Membuahkan Hasil
Najib: Formula Muafakat Nasional Membuahkan Hasil
Chini, MTN – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata segala formula yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam kerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional nyata membuahkan hasil.
Ujar beliau, kerjasama dengan Pas nyata memberikan impak yang positif setelah pengundi terutamanya Pas memberikan undi kepada calon BN, Mohd Sharim Md Zain.
“Walaupun kita berdepan dengan calon bebas tapi sebenarnya dia tidak begitu bebas sebab Dr Mahathir telah beri sokongan. Penat dia buat video dan surat layang tapi calon dia hilang deposit.
“Ini menunjukkan bahawa rakyat Chini memilih BN dan Muafakat Nasional dan ini adalah formula yang mendapat tempat di hati rakyat dan jentera kita berjalan lancar,” katanya ketika ditemui media selepas diumumkan BN mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, malam tadi.
Mohd Sharim, 41 diangkat sebagai ADUN Chini yang baharu setelah memperoleh 13,872 undi.
Najib turut berkata kemenangan Mohd Sharim sememangnya berbaloi dan ia melengkapkan kemenangan BN yang bermula di Cameron Highlands.
“Memang berbaloi, dan kita nak majoriti besar dan kita kata penting kekalkan rekod Pahang sebab kita mula di Cameron Highlands dengan Muafakat Nasional dan kini dengan Chini kita menang cemerlang dan saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri kerana beri sokongan kepada calon kita dan ini bererti Muafakat Nasional telah membawa kejayaan yang luar biasa,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan BN menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa BN sudah tidak relevan.
Ahmad Zahid juga berkata kemenangan itu juga adalah simbol kepada pemerkasaan semula BN.
“Saya yakin enam PRK ini telah jelas memberikan satu bukti bahawa BN bukan hanya masih relevan tapi mempunyai masa depan yang cerah jika parti komponen dalam BN dan rakan dalam Perikatan Nasional untuk menjayakan PRU15 nanti,” katanya dalam sidang media sama.
BN hari ini mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menerusi kemenangan calonnya, Mohd Sharim Md Zain, 41 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 12,650 undi.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri