Pandemik Covid-19, Malaysia Catat 23 Kematian, 235 Kes Baru | Malaysia News

Pandemik Covid-19, Malaysia Catat 23 Kematian, 235 Kes Baru

Pandemik Covid-19, Malaysia Catat 23 Kematian, 235 Kes Baru

Kuala Lumpur, MTN – Setakat tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan 23 kematian akibat Covid-19 dan 235 kes baru yang menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu sebanyak 2,031.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 235 kes baru yang dilaporkan, sebanyak 60 kes mempunyai kaitan dengan kluster tabligh masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Baki 175 kes lagi sedang dalam siasatan.

Jelas Noor Hisham, kes kematian ke-22 yang dilaporkan hari ini juga mempunyai kaitan dengan kluster perhimpunan yang diadakan pada hujung bulan lalu itu.

Kes kematian ke-22 itu melibatkan lelaki berumur 48 tahun yang mempunyai latar penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Kes kematian ke-23 pula melibatkan lelaki berumur 62 tahun dari Kajang yang juga mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Pesakit itu dirawat di Ipoh, Perak pada 23 Mac dan meninggal dunia tengah hari, semalam.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menyiasat sama ada pesakit berkenaan mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply