Kuala Lumpur, MTN – Dua penerbangan kargo membawa sumbangan kelengkapan perubatan daripada Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba bagi membantu negara dalam memerangi penularan Covid-19, telah tiba di Malaysia, kelmarin.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pesawat Malaysia Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan membawa penutup mulut dan hidung, kit ujian, kelengkapan perlindungan diri untuk badan dan muka.
“Bekalan tersebut juga akan diedarkan kepada tiga negara Asia Tenggara lain bagi memerangi virus itu,” menurut akaun Twitter rasmi MAHB, @MY_Airports, semalam.
Sejak tercetus wabak Covid-19, MAHB berkata KLIA memainkan peranan penting dalam penyampaian dan pengedaran barang e-dagang dan bekalan perubatan kepada pelbagai negara di rantau ini.
“Pengedaran ke negara lain mempergunakan keupayaan logistik merentas sempadan dalam hab Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP) yang pertama di dunia,” menurut pengendali KLIA itu. [Bernama]
Author Profile
Latest entries
National2021.08.25Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
National2021.08.25Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
National2021.08.25Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
Politik2021.08.25Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri