PAS: Kritikan Patriot Boleh Undang Panik Kepada Rakyat | Malaysia News

PAS: Kritikan Patriot Boleh Undang Panik Kepada Rakyat

PAS: Kritikan Patriot Boleh Undang Panik Kepada Rakyat

PAS: Kritikan Patriot Boleh Undang Panik Kepada Rakyat

Kuala Lumpur, MTN – Pemimpin bekas perajurit tidak sewajarnya mempersoalkan secara terbuka kuasa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengerahkan tentera bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Bendahari Pas Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan, tindakan seperti itu tidak membantu kerajaan malah boleh menghakis kepercayaan rakyat kepada pemimpin negara.

“Masanya adalah untuk semua pihak sama-sama bekerjasama memastikan keadaan pulih seperti biasa dan kegusaran rakyat dapat diredakan.

“Patriot terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sudah tentu komen seperti ini boleh menyebabkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan menangani masalah yang kita hadapi terhakis.

“Sekiranya rakyat hilang keyakinan terhadap kemampuan kerajaan maka sudah tentu rakyat akan menjadi panik dan keadaan akan menjadi tidak terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa Presiden Patriot, Brig Jen (Bersara) Datuk Mohamed Arshad Raji menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan untuk mengerah tentera bagi membantu pihak polis menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tergesa-gesa dan pra-matang.

Menurut Mohamad Arshad, ia seolah-olah Menteri Pertahanan terlalu berminat mengerah anggota tentera, bercanggah dengan kenyataan awal oleh Panglima Angkatan Tentera bahawa tentera tidak akan dikerah untuk PKP.

Iskandar juga melahirkan kebimbangan dengan tindakan Patriot boleh mengundang panik dalam kalangan rakyat, sekaligus mengakibatkan PKP terus tidak dipatuhi dan arahan duduk di rumah tidak diendahkan.

“Kemungkinan setiap arahan kerajaan akan dipertikaikan dan tidak akan dipatuhi oleh rakyat dan ini amat berbahaya. Di dalam keadaan sekarang sebarang perbezaan perlu diketepikan demi kebaikan rakyat.

“Rakyat menghargai keprihatinan Patriot tetapi saya yakin Patriot mempunyai saluran terus kepada Menteri Pertahanan dan sebarang cadangan atau pandangan boleh dikemukakan terus kepada beliau,” katanya lagi.[mg]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply