Saifuddin: Jangan Bebankan Rakyat Dengan Menaikan Harga Topeng Muka | Malaysia Top News
December 1, 2020

Saifuddin: Jangan Bebankan Rakyat dengan Menaikan Harga Topeng Muka

Kuala Lumpur, MTN– Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta kepada kerajaan untuk melihat semula keputusan menaikkan harga topeng muka secara mendadak. Menurutnya, 80 sen naik menjadi RM2 dianggap terlalu tinggi.

“Bekalan masih sukar diperoleh, harga pula semakin mahal. Pada hari terakhir saya di KPDNHEP, saya telah berjumlah semua pengeluar topeng muka di Malaysia.

“Mereka minta dipermudah urusan dapat pekerja, diizin operasi tiga syif tanpa kerenah birokrasi dan diberi pelepasan cukai kastam.

“Kesemua permintaan saya bawa kepada Kabinet dan dipersetujui. Semua pengeluar setuju tambah pengeluaran. Tidak pula mereka minta naik harga sebab mereka faham harga topeng muka KPDNHEP letak di bawah harga kawalan,” katanya yang juga Setiausaha Agung PKR dalam ciapan Twitternya hari ini.[mg]

Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •