Pejabat Khidmat PKR Di Johor Bahru Dilempar Bangkai Ayam Dan Cat Merah | Malaysia News

Pejabat Khidmat PKR di Johor Bahru Dilempar Bangkai Ayam dan Cat Merah

Pejabat Khidmat PKR di Johor Bahru Dilempar Bangkai Ayam dan Cat Merah

Johor Bahru – Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir (Rabu – 26/11) mendakwa pusat khidmatnya diserang oleh individu yang tidak diketahui yang menyimbah cat merah dan meninggalkan bangkai ayam beserta nota ugutan yang diletakkan di depan pintu awal pagi tadi.

Akmal yang juga ketua pergerakan pemuda PKR dalam pesanan ringkasnya mengatakan bahawa beliau dimaklumkan tentang insiden tersebut oleh kakitangannya yang tiba di pusat khidmat pada pukul 7.20 pagi.

“Saya dimaklumkan bahawa Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Johor Bahru telah disimbah dengan cat dan bangkai ayam bersama dengan nota ugutan untuk saya yang dilemparkan di depan pintu,” katanya.

Namun Akmal tidak menyebut secara terperinci berkenaan isi kandungan nota tersebut.

“Laporan polisi telah pun dibuat oleh kakitangan saya. Maka saya serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” tambahnya lagi.

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply