Pemain Muda Muhammad Azarul Nazareth Menjadi Pilihan Terbaharu TFC

Pemain Muda Muhammad Azarul Nazareth Menjadi Pilihan Terbaharu TFC
Kuala Terengganu, MTN – Pemain muda Muhammad Azarul Nazareth Azhar menjadi pilihan terbaharu Terengganu FC (TFC), bagi membantu skuad itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021.
TFC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekas pemain Felda United berumur 22 tahun itu, akan berkhidmat di bumi Terengganu selama setahun.
“Selain bermain di posisi pertahanan kiri dan turut mampu bermain di bahagian sayap, pemain ini (Azarul Nazarith) memiliki 11 penampilan dalam kesebelasan utama Felda United, untuk kempen musim 2020.
“Selain itu, beliau juga pernah mendapat panggilan untuk skuad B-22 Kebangsaan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee,” menurut kenyataan itu.
TFC sebelum ini telah memperkenalkan pemain baharunya iaitu bekas pemain skuad Tok Gajah Mohd Faisal Abdul Halim, bekas pemain UiTM FC Muhamad Arif Mohamed Anwar dan bekas kapten UKM FC Asnan Ahmad.
Selain itu skuad Penyu turut ‘memborong’ tiga pemain Kelantan bagi musim hadapan iaitu Mohd Shahrul Nizam Ros Hasni, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Mohamad Hakimi Abdullah.
[bernama]
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor