PENELITIAN AWAL ILHAM CENTRE TENTANG PRK RANTAU
PENELITIAN AWAL ILHAM CENTRE TENTANG PRK RANTAU
Sempena PRK Rantau ini, pasukan penyelidik Ilham Centre akan turun membuat tinjauan akhir bagi meramalkan parti yang berpotensi untuk memenangi kerusi ini.
Sebelum tinjauan akhir dijalankan, kami telah membuat beberapa penelitian awal di lapangan. Rumusan penelitian tersebut seperti berikut:
1. Persaingan di DUN Rantau dilihat terbuka, boleh dianggap pertembungan ‘kalah mati’, sangat taktikal namun masih seimbang. Kedua-dua parti BN dan PH masih berpeluang untuk memenangi pertembungan ini.
2. Persaingan ini lebih kepada Tok Mat lawan PH kerana faktor personaliti Tok Mat lebih mendominasi berbanding BN. Politik balas jasa dan kenang budi sangat berkesan pada PRK kali ini atas bakti Tok Mat sebagai mantan MB selama 3 penggal. Manakala Dr Streram, calon PH kurang dikenali diperingkat bawahan tambahan pula beliau adalah orang luar.
3. Bagi Tok Mat, Rantau adalah kerusi mesti menang atas 2 sebab; pertama, beliau adalah penyandang kerusi itu untuk 3 penggal. Kedua, kerusi ini melibatkan Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO. Maka, kemenangan ini bakal menjadi suntikan moral bagi mengembalikan sokongan kepada UMNO setelah Umno mengalami krisis keyakinan sejak kalah pada PRU 14 lepas, serta mengembalikan keyakinan ahli terhadap kepimpinan yang tercalar dengan isu integriti dan salah laku.
4. Jika Tok Mat kalah di Rantau ini, sekali lagi UMNO dan BN akan terdedah kepada ketidakstabilan kepimpinan. Jika Tok Mat yang sedang memimpin UMNO dan BN ini ditolak oleh pengundi di kawasan sendiri, akan wujud sekali lagi elemen hilang kepercayaan kepada kepimpinan beliau, UMNO berisiko terjerumus kepada krisis keyakinan kepimpinan sekali lagi.
5. Tok mat sangat memerlukan undi bukan Islam (Cina dan India). Dijangka undi Melayu kekal kepadanya kerana isu-isu Melayu Islam begitu signifikan kepada pembangkang saat ini. Formula kemenangan PH sangat bergantung kepada peralihan (swing) 20% undi Melayu, dan memastikan undi bukan Islam agar kekal bersama PH.
6. Manakala bagi PH, kemenangan di Rantau penting atas 3 sebab;
i) Menafikan kebangkitan UMNO yang mendapat momentum ekoran kemenangan di Cameron Highland dan Semenyih.
ii) Merupakan ‘wake up call’ bagi memulihkan kepercayaan pengundi kepada kerajaan PH setelah kalah dalam 2 siri PRK berturut-turut di atas kelemahan menangani isu berkaitan Agama, kaum (Melayu-Islam) dan melibatkan ekonomi rakyat
iii) mengukuhkan pengaruh PH diperingkat akar umbi yang sehingga kini masih tidak berstruktur, longgar dan masih bergerak atas kapasiti parti masing-masing.
7. Jika PH menang ia merupakan ‘bonus’ dan boleh dianggap sebagai ‘giant killer’ kerana penyandangnya adalah Tok Mat. Tekanan lebih tertumpu kepada Tok Mat bagi mengekalkan kemenangan kerana jika kalah ia bakal memberikan tamparan hebat kepada UMNO-BN.
8. Berbaki 6 hari berkempen, atas faktor calon, BN mendahului dihadapan. Jentera BN lebih tersusun dan ramai petugas dikalangan orang tempatan berbanding PH. Mampukah strategi ceramah kelompok, tidak menyerang peribadi Tok Mat secara terbuka, dan tetemu mata dikalangan pengundi yang dilakukan oleh PH berjaya meraih sokongan Melayu dan melonjakkan sokongan bukan Melayu dikala persepsi prestasi PH diperingkat persekutuan dan Negeri dilihat lemah serta isu-isu nasional masih tidak memihak kepada PH pada waktu ini.
9. Walaupun faktor demografi pengundi yang hampir seimbang antara pengundi Melayu yang kuat menyokong BN dan pengundi Cina dan India yang berpotensi mengundi PH namun sehingga pusingan ini Tok Mat masih mendahului pilihan antara calon-calon yang lain. Bezanya adakah dua calon bebas akan berperanan sebagai pengganggu untuk memecahkan sedikit undi berdasarkan kaum dan mampu memberi kelebihan pada PH di saat akhir?
Author Profile
Latest entries
- PolitikMarch 18, 2020Perutusan Khas Muhyiddin: Rakyat Malaysia Tiada Dibagi Solusi!
- OpinionMarch 17, 2020Jangan Cakap Banyak Sangat Tun M, Nanti Terjangkit Covid-19 Baru Tau!
- Top NewsMarch 17, 2020Anwar Ibrahim Sampaikan Duka Wafatnya Dua Korban Terjangkit Covid-19
- Kabar LainFebruary 26, 2020Jangan Fikir Pelik Sangat Tun, Kerajaan Perpaduan itu Luar Biasa di Negara Demokratik?