Perkataan Rasis, Biadab Dan Seksis Tidak Lagi Digunakan Dalam Dewan Rakyat | Malaysia News

Perkataan Rasis, Biadab dan Seksis Tidak Lagi Digunakan Dalam Dewan Rakyat

Kuala Lumpur, MTN – Semua wakil parti politik sebulat suara bersetuju untuk memastikan perkataan berbaur hasutan, rasis, biadab dan seksis tidak lagi digunakan dalam Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, persetujuan itu dicapai dalam perjumpaan dengan Ahli Dewan pada Isnin.

“Semua wakil parti sebulat suara memperbaharui komitment mereka untuk mempertahankan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam memastikan perkatan berbaur hasutan, rasis, biadab  dan seksis tidak digunakan dalam oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

“Jadi, adalah diharapkan semua Ahli Yang Berhormat juga meemberi komitmen yang sama demi menjamin perjalanan dewan yang berkualiti dan beradab sopan,” katanya sebelum Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di sini, pada Isnin.

Sehubungan itu, Azhar berkata, beliau dan Timbalan-timbalan Speaker akan mengambil tindakan berlandaskan peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sekiranya perkataan berkenaan masih kedengaran selepas ini.

“Saya juga juga mengingatkan bahawa keberadaan ini membawa satu tanggungjawab yang berat iaitu harapan rakyat kepada kita semua.

“Rakyat berharap agar masalah dan keluh-kesah mereka dibincangkan dalam Dewan ini dan penyelesaian dapat dicari,” katanya.

Facebook Comments