PH Melaka Tak Iktiraf Rauf Sebagai Speaker
PH Melaka Tak Iktiraf Rauf Sebagai Speaker
Kuala Lumpur, MTN – PH Melaka mendakwa undian untuk Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh menjadi speaker DUN yang baru tidak sah.
Dr Wong Fort Pin (Bemban-DAP) berkata bagi pihak PH, Omar Jaafar masih speaker DUN yang sah.
“Apa yang mereka buat batal dan tak sah,” katanya yang juga timbalan speaker kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas pelantikan Rauf hari ini.
Rauf yang bukan adun mana-mana kawasan dipilih sebagai speaker baru dalam undian yang dibuat tanpa kehadiran adun PH.
Sejumlah 16 adun Perikatan Nasional (PN) menyokong usul melantik Rauf. Mereka juga memilih Ghazale Mohamad (Rim-Umno) sebagai timbalan speaker yang baru.
Undian itu dibuat kira-kira sejam selepas Omar mengarahkan sidang ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.
Beliau menangguhkan sidang selepas perbalahan tercetus antara dirinya, Idris Haron (Sungai Udang-Umno) dan sejumlah adun PH berkenaan usul untuk menyingkirkannya sebagai speaker DUN.
“Sidang telah ditangguh. Apa yang mereka buat hanyalah raptai.
“Berdasarkan aturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka, Omar masih speaker.
“Kita perlu menunggu sidang seterusnya untuk mengaturkan semula keadaan,” kata Wong lagi.[mk]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri