Phoong Jin: Atlet Sabah Diarahkan Lakukan Latihan di Rumah

Phoong Jin: Atlet Sabah Diarahkan Lakukan Latihan di Rumah
Kota Kinabalu, MTN — Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe hari ini berkata latihan atlet Sabah masih diteruskan secara individu di rumah masing-masing dan telah diberikan senarai latihan oleh jurulatih sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata latihan berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan tahap fizikal dan kecergasan atlet masih di tahap yang baik walaupun berada di rumah sepanjang PKP.
“Sepanjang tempoh ini jurulatih juga boleh membantu atlet melalui ‘sidang video’ bagi memastikan atlet menjalankan latihan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya tidak menggalakkan penyertaan kejohanan atau latihan di luar negara apabila wabak COVID-19 mula menular pada Januari tahun ini.
“Semua latihan atau penyertaan kejohanan ke China adalah tidak dibenarkan. Pasukan yang telah menjalankan latihan atau penyertaan kejohanan di luar negara, telah dinasihatkan untuk mengasingkan diri di rumah selama 14 hari.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa berikutan wabak COVID-19 ini telah menjejaskan persiapan pasukan yg telah merancang untuk menjalani latihan atau penyertaan kejohanan luar negara, kerana pendedahan kejohanan peringkat antarabangsa dapat membantu seseorang atlet itu utk meningkatkan pengalaman,” katanya.
Sehubungan itu, Phoong menasihatkan agar semua atlet Sabah terus melakukan latihan di rumah masing-masing untuk memastikan kecergasan sentiasa di tahap yang baik. [bernama]
Author Profile
Latest entries
CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Kerajaan Stabil Perlu Ditubuhkan Tangani Masalah Ekonomi Akibat Covid-19
CoronaVirus_Covid-19August 13, 2021Malaysia Parah, DSAI: Mana Jaminan Kerajaan Bahawa Keadaan Bertambah Baik
NationalAugust 5, 2021Mahiaddin Kelirukan Agong, Penderhakaan Tertinggi yang Tidak Patut Dimaafkan
NationalJuly 26, 2021Kadir Jasin: Mahiaddin Sepatutnya Meletak Jawatan