Piala Malaysia: Hanya 700 Tiket Buat Penyokong Penang FC | Malaysia News

Piala Malaysia: Hanya 700 Tiket Buat Penyokong Penang FC

Penang FC

Piala Malaysia: Hanya 700 Tiket Buat Penyokong Penang FC

GEORGETOWN, MTN – Hanya sebanyak 700 tiket diperuntukkan kepada penyokong Penang FC untuk perlawanan Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, pada Sabtu ini.

Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew berkata penyokong skuad Harimau Kumbang boleh membeli tiket perlawanan berkenaan melalui laman sesawang www.tickethotline.com.my bermula hari ini.

“Daripada 2,128 tiket yang akan dijual pada perlawanan tersebut, 700 diperuntukkan untuk penyokong Pulau Pinang. Semua penyokong dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan masuk dan keluar stadium melalui pintu D sahaja yang ditetapkan kepada penyokong lawan,” katanya.

Jeffrey berkata tiket bagi perlawanan menentang pasukan sama di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 3 November ini pula dijangka dijual dalam tempoh 48 jam di laman sesawang sama.

Katanya, daripada kapasiti penuh 20,000 tempat duduk, hanya 5,000 tiket akan dijual bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Bulan lalu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan penonton dibenarkan hadir di stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021 dengan jumlah penyokong yang dibenarkan adalah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara setiap negeri.

Kebenaran itu berdasarkan SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Belia dan Sukan.

Penang FC kini di tempat ketiga Kumpulan A dalam saingan Piala Malaysia 2021 dengan hanya satu mata selepas kalah kepada Sarawak United dan seri dengan Kuala Lumpur City FC dalam aksi kedua di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

[BH]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply