Piala Malaysia: KL City Ke Suku Akhir | Malaysia News

Piala Malaysia: KL City ke Suku Akhir

Piala Malaysia: KL City ke Suku Akhir

Piala Malaysia: KL City ke Suku Akhir

Kuala Lumpur, MTN – Kuala Lumpur City FC (KL City) mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia apabila menewaskan Penang FC 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Ahad (7/11).

Jaringan tunggal perlawanan hadir pada minit ke-38 menerusi sepakan penalti Romel Morales selepas bola terkena tangan kapten Penang, Azmi Muslim.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Bojan Hodak kekal di kedudukan teratas Kumpulan A selepas mengumpul 11 mata dalam lima perlawanan.

KL City akan membuat perhitungan dengan Sri Pahang FC dalam perlawanan terakhir di Stadium Darul Makmur, Rabu ini yang mana kemenangan akan membolehkan The City Boys bergelar juara kumpulan.

Bagi Penang pula, ia satu lagi keputusan yang memeritkan buat mereka selepas hanya mengumpul satu mata dalam lima perlawanan.

[BH]

Facebook Comments

Author Profile

Maulia

About The Author

Leave a Reply