Piala Malaysia: Sejumlah 20,000 Tiket TFC Lawan JDT Habis Terjual | Malaysia News
December 9, 2021
Piala Malaysia 2021

Piala Malaysia: Sejumlah 20,000 Tiket TFC Lawan JDT Habis Terjual

Kuala Lumpur, MTN – 20,000 penyokong dijangka akan membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada malam lalu untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir TM Piala Malaysia 2021 antara Terengganu (TFC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tiket perlawanan kedua-dua aksi timbal balik yang dijual secara dalam talian melalui laman web tickethotline turut habis dijual sejak jualan dibuka pada hari jumaat lepas.

“Pihak Terengganu Football Club Sdn Bhd telah membuat pembahagian tiket sebanyak 19,500 kepada penyokong tuan rumah dan selebihnya kepada penyokong pelawat.

Penjualan tiket yang dibuka secara atas talian pada 19 November 2021 (Jumaat) jam 3.00 petang telah habis dijual termasuk bagi bantuan kaunter tiket yang telah dibuka di beberapa tempat,” tulis kenyataan rasmi daripada TFC.

JDT turut mengesahkan tiket perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim pada 26 November ini turut habis dijual dalam tempoh kurang dari 7 jam.

Advertisement

“Terima kasih diucapkan kepada semua penyokong JDT yang menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kelab. Sila pastikan anda mematuhi SOP yang ditetapkan dan jumpa anda di Stadium Sultan Ibrahim.,” kata kenyataan rasmi.

Para penyokong juga wajib membawa Kad Pengenalan atau passport asli bersama tiket perlawanan bagi tujuan pengesahan. Penonton yang tidak membawa kad pengenalan atau passport asli tidak dibenarkan masuk ke stadium.

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •