Polis: Orang Ramai Tidak Menyertai Himpunan di Ibu Negara
Polis: Orang Ramai Tidak Menyertai Himpunan di Ibu Negara
Kuala Lumpur, MTN – Polis hari ini memberi amaran agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan yang dirancang diadakan di ibu negara petang ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata kawasan yang dirancang iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman bukan tempat yang diwartakan untuk perhimpunan.
“Polis juga tidak menerima notis berhubung penganjuran perhimpunan itu.
“Jika perhimpunan diteruskan, ia akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai serta boleh menyebabkan kekacauan kepada ketenteraman awam,” katanya melalui WhatsApp di sini, hari ini.
Media melaporkan, terdapat kumpulan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Demonstrasi Selamatkan Malaysia akan mengadakan perhimpunan di hadapan pusat beli-belah Sogo.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri