Presiden FAM Datuk Hamizah Menyerahkan Jersi Baharu untuk Skuad Harimau Malaya

Presiden FAM Datuk Hamizah Menyerahkan Jersi Baharu untuk Skuad Harimau Malaya
MTN – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin telah menyerahkan jersi baharu skuad Harimau Malaya kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada hari ini.
Menurut catatan di Facebook rasmi FAM, ia sebagai tanda penghargaan kepada TMJ, yang merupakan mantan Presiden persatuan itu, yang mana baginda masih terus bersama memberikan sokongan terhadap bola sepak negara.
Hamidin dilihat menyampaikan jersi ‘home’ dan ‘away’ skuad Harimau Malaya yang tertera ‘Johor 02’ di bahagian belakang kepada pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.
Turut hadir ialah ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe, Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam dan Ketua Unit Pembangunan Belia FAM Datuk Ong Kim Swee.
“Pada kesempatan itu juga, Datuk Hamidin turut berbincang dan bertukar pandangan bersama Tunku Ismail mengenai persediaan dan persiapan pasukan kebangsaan bagi menyambung saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Mac depan, serta perjalanan saingan Liga Malaysia musim 2021,” menurut FAM.
Jersi pasukan kebangsaan bagi tempoh 2020-2022 itu dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, lepas.
Author Profile
Latest entries
Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor