PRK Chini: PAS Tak Letak Calon, Gerak Jentera Sokong PN


PRK Chini: PAS Tak Letak Calon, Gerak Jentera Sokong PN
Kuala Lumpur, MTN – Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar mengesahkan parti itu tidak akan meletakkan calon pada PRK Chini yang dijadual 4 Julai ini, seterusnya membuka jalan untuk BN mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam PRK tersebut.
Menurut Free Malaysia Today, Rosli berkata PAS akan menggerakkan jentera pilihan raya bagi menyokong calon PN.
“Melihat keadaan politik semasa, calon PN ada peluang besar untuk menang PRK di Chini,” katanya seperti dipetik.
PRK di DUN itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun pada 7 Mei lalu, akibat serangan jantung.
Pada PRU14, Abu Bakar mengekalkan kemenangannya selepas mendapat 10,027 undi, menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendaat 5,405 undi. Calon PH Mohd Razali Ithnain pula hilang deposit selepas hanya mendapat 1,065 undi.
Semalam, Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub menggesa PH tidak bertanding dalam PRK nanti bagi menjimatkan perbelanjaan di tengah-tengah krisis Covid-19.
“Dengan wujudnya Muafakat Nasional maka Chini sudah pasti milik BN/MN dan PH akan sekali lagi mendapat malu besar terutama dalam suasana politik hari ini. Gabungan undi BN dan PAS tidak mungkin dicabar oleh PH,” katanya.
Pada masa ini, PN memegang 33 daripada 42 kerusi di DUN Pahang, dengan Umno memiliki 24 kerusi, PAS (8) dan MCA (1). PH pula memegang sembilan kerusi menerusi DAP (7) dan PKR (2).[MK]
Author Profile
Latest entries
National2021.08.25Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
National2021.08.25Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
National2021.08.25Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
Politik2021.08.25Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri