Prosiding Rayuan Najib Razak Bermula | Malaysia News
February 15, 2025

Prosiding rayuan Najib Razak bermula

Prosiding rayuan Najib Razak bermula

Prosiding rayuan Najib Razak bermula

PutraJaya, MTN – Mahkamah Rayuan pada Isnin mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta tepat jam 9 pagi Isnin.

Prosiding kali ini bagi mendengar rayuan bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan sabitannya terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang milik SRC.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berpakaian kot berwarna coklat kelihatan tenang tiba sekitar jam 8.55 pagi dan senyum kepada wakil media.

Sebelum itu, mahkamah telah menetapkan 12 hari iaitu pada 5 hingga 8 April, 12 hingga 15 April dan 19 hingga 22 April manakala rekod rayuan pindaan akan diterima oleh kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pada 8 Februari lalu.

Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan penghujahan bertulis pada 1 Mac ini dan membalasnya pada 19 Mac manakala tarikh pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 22 Februari.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhi Najib hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, pecah amanah dan pengubahan wang haram, serta 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atau lima tahun penjara bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Dalam petisyen rayuan yang difailkan pada 19 Oktober tahun lalu, Najib mengemukakan 307 alasan bagi menyokong rayuan bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika mendapatinya bersalah dalam kes penyelewengan dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta.

Antara alasan yang dikemukakan, hakim bicara terkhilaf apabila gagal memberi pertimbangan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah dalang sebenar dalam kes yang dihadapinya.

Beliau kemudian dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram manakala penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun dalam kes penyalahgunaan kedudukan.

Najib, 67, pada masa ini bebas dengan ikat jamin RM2 juta serta dua penjamin sementara menunggu kes rayuan itu selesai.

Facebook Comments

Author Profile

Wahyu Basyir
Wahyu Basyir

About The Author

Leave a Reply