Putera Mahkota Arab Saudi Lawat Malaysia Minggu Depan
Putera Mahkota Arab Saudi Lawat Malaysia Minggu Depan
KUALA LUMPUR – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdul Aziz Al Saud dijadualkan mengadakan lawatan ke Malaysia minggu depan dan dijangka bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Lawatan dua harinya yang bermula 17 Februari depan merupakan lawatan pertamanya ke Asia Tenggara.
Selain Malaysia, Reuters melaporkan Salman juga dijadualkan melawat China, Indonesia, India dan Pakistan.
Tambahnya, beliau dijangka mengumumkan pelaburan dalam bidang tenaga dan infrastruktur di India dan Pakistan sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan penggatungan ekonomi Arab Saudi terhadap eksport minyak.
Ini merupakan lawatan pertama Salman yang juga dikenali sebagai MBS selepas dikaitkan dengan pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Turki.
Arab Saudi bagaimanapun menafikan kejadian tersebut.
Bagaimanapun pada 19 Oktober lalu, pendakwa raya Arab Saudi mengeluarkan kenyataan yang mengatakan 18 warga negara itu telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu kerana mempunyai niat untuk melakukan jenayah tersebut.
Dr. Mahathir mengutuk pembunuhan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan “yang sangat kejam” dan tidak boleh diterima.
Malaysia tambahnya, tidak menyokong pembunuhan pengkritik kerajaan.
-MalaysiaGazette
Author Profile
Latest entries
- PolitikMarch 18, 2020Perutusan Khas Muhyiddin: Rakyat Malaysia Tiada Dibagi Solusi!
- OpinionMarch 17, 2020Jangan Cakap Banyak Sangat Tun M, Nanti Terjangkit Covid-19 Baru Tau!
- Top NewsMarch 17, 2020Anwar Ibrahim Sampaikan Duka Wafatnya Dua Korban Terjangkit Covid-19
- Kabar LainFebruary 26, 2020Jangan Fikir Pelik Sangat Tun, Kerajaan Perpaduan itu Luar Biasa di Negara Demokratik?