Tun M Perintah Hanya Dua Tahun, Anwar Yakin Jadi PM Selepasnya
Tun M Perintah Hanya Dua Tahun, Anwar Yakin Jadi PM Selepasnya
New York – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dan yakin akan menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kelapan dalam tempoh kurang dua tahun.
Dalam temu ramah bersama Bloomberg Television semalam, Anwar berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan itu dalam tempoh ditetapkan.
“Ada perjanjian antara kepemimpinan parti dan bukan antara saya dan Dr. Mahathir sahaja. Dalam perbincangan dengan Dr. Mahathir, saya mahu beliau mentadbir kerajaan secara efektif dan amat penting untuk memberi beliau masa.
“Sudah tentu bukan dalam tempoh lima tahun kerana beliau (Dr. Mahathir) telah menyatakan dengan jelas yang ia (tempoh peralihan jawatan) tidak akan melebihi dua tahun,” katanya seperti dipetik dalam temu ramah tersebut.
Mengulas lanjut, Anwar turut menegaskan yang keputusan memaafkan Dr. Mahathir atas perseteruan lama mereka adalah demi memastikan masa depan negara menjadi lebih baik.
Dr Mahathir, pengerusi Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), pada September tahun lalu mengulangi janjinya untuk tidak kekal lama sebagai perdana menteri.
“Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang,” kata perdana menteri seperti dilaporkan.
Isu peralihan kuasa sehingga kini masih menjadi persoalan orang ramai dan juga penyokong PH) kerana tidak ada tarikh rasmi atau perjanjian khas ditetapkan.
Author Profile
Latest entries
- PolitikMarch 18, 2020Perutusan Khas Muhyiddin: Rakyat Malaysia Tiada Dibagi Solusi!
- OpinionMarch 17, 2020Jangan Cakap Banyak Sangat Tun M, Nanti Terjangkit Covid-19 Baru Tau!
- Top NewsMarch 17, 2020Anwar Ibrahim Sampaikan Duka Wafatnya Dua Korban Terjangkit Covid-19
- Kabar LainFebruary 26, 2020Jangan Fikir Pelik Sangat Tun, Kerajaan Perpaduan itu Luar Biasa di Negara Demokratik?