Rakyat jijik dengan cara Musa cuba jatuhkan kerajaan Sabah – Guan Eng

Rakyat jijik dengan cara Musa cuba jatuhkan kerajaan Sabah – Guan Eng
KUALA LUMPUR, MTN – Bukan hanya rakyat Sabah tetapi rakyat seluruh negara jijik dengan usaha menjatuhkan kerajaan Sabah di bawah teraju Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kejijikan itu dapat dilihat dalam usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa cuba membeli Ahli Dewan Undangan Negeri dengan sejumlah wang sehingga RM32 juta dan tawaran jawatan Kabinet negeri.
“Hingga kini, Perdana Menteri Tan Sri Muhydin Yassin belum menjelaskan mengapa dia menghantar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan setiausaha politiknya untuk menemui Gabenor Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan meminta agar Shafie Apdal diganti dengan Musa Aman?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Guan Eng, Sabah adalah negeri pertama yang PN gagal merancang perubahan pemerintahan dengan membeli ahli politik katak.
“Ini adalah peluang yang baik untuk masa depan sebuah negeri ditentukan oleh kuasa rakyat dan bukannya politik wang,” ujarnya.
Justeru DAP akan mengambil bahagian dalam pilihan raya umum Sabah yang akan datang sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai kepada Warisan dan akan menunggu cadangan DAP Sabah serta pandangan daripada Mohd Shafie.
Dalam pada itu, katanya, DAP akan memanggil mesyuarat CEC pada hari Isnin untuk membincangkan pilihan raya umum Sabah berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pagi ini yang menolak permohonan yang diketuai oleh bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman untuk tidak membenarkan pembubaran dewan undangan negeri Sabah.
Guan Eng juga menganggap Mohd Shafie telah membuat keputusan yang berani dan tepat untuk membubarkan DUN Sabah untuk menghentikan “ahli politik katak” daripada dibeli untuk membentuk kerajaan baharu.
“Kembali kepada rakyat untuk membolehkan mereka memilih kerajaan mana yang mereka mahukan, adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengalahkan politik wang yang menyebabkan krisis politik,” katanya.
Author Profile
Latest entries
NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri