Razlan: Tun M Pernah Nekad Mahu Tinggalkan PH | Malaysia News
December 14, 2024

Razlan: Tun M Pernah Nekad Mahu Tinggalkan PH

Razlan: Tun M Pernah Nekad Mahu Tinggalkan PH

Razlan: Tun M Pernah Nekad Mahu Tinggalkan PH

Kuala Lumpur, MTN – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Rafii hari ini memuatnaik gambar yang didakwa pertemuan beberapa pemimpin parti yang menemui Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa krisis politik di negara ini.

Menurutnya, dalam gambar itu Mahathir dikatakan sedang meneliti senarai nama cadangan Kabinet baharu tanpa penyertaan DAP.

Semasa pertemuan itu, ia dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Datuk Abang Johari Openg dan Datuk Fadillah Yusof.

“Semasa ini Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) tak dijemput,” tulisnya dalam media sosialnya hari ini.

Menurut Rafii, semasa itu, Mahathir dikatakan sudah nekad untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH).

Nama bekas Ketua Armada Bersatu itu disebut mungkin kerana beliau antara pihak yang mempertahankan Mahathir dengan mendakwa bekas Perdana Menteri itu tidak pernah bersetuju dengan cadangan menolak PH dari kerajaan.

Difahamkan, gambar itu dirakam pada 23 Februari lalu ketika sebelum wakil gabungan 131 ahli parlimen menyerahkan SD menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri melalui kerajaan Perpaduan Ummah melibatkan UMNO, Pas, Bersatu, GPS, WARISAN dan ahli parlimen bekas PKR.

Tetapi setelah semua ketua parti pergi ke Istana Negara menghadap Yang Dipertuan Agong, Mahathir dikatakan berubah secara tiba-tiba mahu tubuh kerajaan perpaduan dan mahu turut melibatkan DAP.

Sementara itu, dalam satu kenyataan media, Razlan mengingatkan Mahathir yang negara tidak ada masa bermain politik terutama ketika nasib rakyat berada di dalam ketidaktentuan pendapatan akibat wabak Covid-19.

Razlan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh menegaskan, apa yang dilakukan oleh Mahathir tidak akan menguntungkan rakyat dan negara.

“Pada 7 Mei 2020, Tun Mahathir telah menghantar notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perkara ini dilakukan untuk menggugat kestabilan kerajaan, mewujudkan pergaduhan dan pertelingkahan di antara pemimpin politik dan akhirnya menggulingkan kerajaan Muhyiddin.

Mahathir, dakwanya tidak boleh menerima kenyataan bahawa beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri setelah meletakkan jawatan pada 24 Februari lalu.

Malah, Tun Mahathir sendiri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

“Namun, sekarang Tun Mahathir seperti manusia yang sudah hilang pedoman. Beliau dengan sedaya upaya mahu menggulingkan Perdana Menteri dan memecat Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu.

Adakah menggulingkan Perdana Menteri dan memecat Muhyiddin sebagai pengerusi parti merupakan satu tindakan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat? Sudah tentunya tidak,” katanya.[mg]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply