Tak dikuasai DAP, Tun M Nafi Setuju Bersatu Keluar PH
Tak dikuasai DAP, Tun M Nafi Setuju Bersatu Keluar PH
Kuala Lumpur, MTN – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengulas mengenai gambar tular yang mendakwanya bersetuju untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini.
Menurutnya, gambar pada kejadian 23 Februari lalu itu berlaku di kediamannya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti (MPT) Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pertemuan melibatkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pimpinan parti lain dan pemimpin PKR ketika itu, Datuk Seri Mohamed Azmin dibuat bagi membincangkan keputusan mesyuarat MPT Bersatu yang mahu keluar dari PH.
Selepas itu mereka pergi menghadap Yang Dipertuan Agong, katanya.
“MPT Bersatu mahu keluar dari PH, saya menasihati suruh ambil masa fikir perkara yang berat dan serius akhirnya mereka bersetuju beri masa kepada saya.
“Muhyyiddn beri seminggu buat keputusan (tapi) nampak mereka merancang untuk keluar dari PH.
“Selepas itu ketua-ketua parti pergi istana mengadap YDP tetapi saya tak pergi kerana ingin fikir dengan mendalam hasil mesyuarat MPT Bersatu (mahu keluar PH).
“Itu yang berlaku tapi sebelum itu berkali-kali Muhyiddin jumpa saya seorang minta saya bersetuju dengan cadangan Bersatu keluar PH .
“Saya tak tolak sama sekali, saya kata saya akan fikir tetapi tak bersetuju keluar kerana saya berpendapat saya daripada PH yang menang dengan perjuangan jatuhkan Najib (Datuk Seri Najib Razak).
“Saya fikir agak pelik bagi Bersatu yang menolong jatuhkan Najib dicadang kerjasama dengan Najib. Bukan pernah saya kata akan keluar dari PH bahkan cadangan ini mengejutkan saya kerana PH disertai parti Bersatu berjuang jatuhkan Najib sehingga berjaya,” ujarnya dalam satu rakaman video hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak ada sebab baginya menolak PH walaupun ada dakwaan mengatakan PH dikuasai DAP.
“Saya dapati DAP tak mungkin kuasai PH kerana saya sebagai PM tak mungkin bersetuju (dengan cadangan DAP) kerana saya pertimbangkan semua pihak khususnya orang Melayu,” katanya lagi.[mg]
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri