Ribuan Guru Bakal Hilang Kerja Jika Pengusaha Tadika Gulung Tikar | Malaysia News
May 11, 2021

Ribuan Guru Bakal Hilang Kerja Jika Pengusaha Tadika Gulung Tikar

Kuala Lumpur, MTN – Pertubuhan Penggalak Membaca Malaysia (PPMM) menjangkakan beribu-ribu guru pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara akan kehilangan berkerja susulan ketidakpastian tarikh sebenar bagi 10,000 tadika beroperasi semula.

Pengerusi PPPMM Chahaya Abdul Manan berkata, pengusaha tadika berdepan masalah apabila ramai ibu bapa tidak lagi membayar yuran yang merupakan sumber utama pembiayaan operasi mereka.

“Apabila pengusaha tadika gulung tikar, guru tadika akan hilang pekerjaan. Seterusnya, anak-anak tidak dapat disediakan dengan kemahiran asas seperti membaca sebelum masuk ke sekolah rendah.

“Ibu bapa juga kehilangan tempat jagaan anak kerana kebanyakan tadika juga dipakejkan sebagai pusat jagaan harian,” katanya.

Semalam, Menteri Pendidikan Radzi Jidin semalam mengumumkan bahawa hanya pelajar tingkatan 5 dan 6 serta pelajar yang mengambil peperiksaan utama akan kembali bersekolah bermula 24 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Susulan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), semua sekolah akan kembali dibuka secara berperingkat tetapi setakat ini belum ada tarikh khusus ditetapkan untuk sekolah rendah dan pra-sekolah.

Advertisement

Pagi ini, PPMM mengongsikan satu petisyen atas talian yang antara lain memohon Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk tadika memulakan semula operasi dengan kadar segera.

Setakat jam 10.30 pagi hari ini, petisyen tersebut mengumpul 3,239 tandatangan.

Turut menggesa agar Kementerian Pendidikan mempertimbang agar tadika dibenarkan kembali beroperasi, Chahaya berkata banyak tadika telah mengecilkan saiz operasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac.

Katanya, walaupun pengusaha tetap menjalankan kelas secara dalam talian pada tempoh tersebut, penyertaan murid semakin merosot apabila ibu bapa kembali bekerja dan anak-anak dihantar ke rumah pengasuh sejak Mei lalu.

“Pengusaha tadika di seluruh negara bersedia untuk mematuhi SOP ditetapkan kementerian asalkan dapat beroperasi semula secepat mungkin.

“Malah, sebenarnya penjagaan anak di tadika adalah jauh lebih mudah berbanding jagaan di taska kerana faktor komunikasi dan murid lebih patuh dan senang dikawal,” katanya lagi seperti dipetik.[mk]

Advertisement
Facebook Comments
Share on:
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •