Ringgit Susut Sedikit Berbanding Dolar AS | Malaysia News

Ringgit Susut Sedikit Berbanding Dolar AS

Ringgit Susut Sedikit Berbanding Dolar AS

Kuala Lumpur, MTN – Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS yang mengukuh pada awal dagangan hari ini, didorong oleh peningkatan harga minyak ketika sentimen optimis membabitkan vaksin COVID-19 terus mengatasi kebimbangan terhadap prospek permintaan.

Pada 9.16 pagi, unit tempatan itu berada pada 4.1190/1230 berbanding dolar AS daripada 4.1180/1230 sewaktu dagangan ditutup semalam.

Pasaran menyaksikan penyusutan simpanan minyak mentah dengan data pihak American Petroleum Institute (API) menunjukkan stok simpanan tersebut susut 5.147 juta tong bagi minggu berakhir 6 Nov lepas.
Pada minggu sebelumnya, API berkata angka penyusutan itu mencecah 8.01 juta tong.

Selain itu, dolar AS juga rendah berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan baharu COVID-19 di negara maju itu.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain kecuali dolar Singapura.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0547/0588 daripada 3.0567/0606 pada Selasa namun rendah berbanding euro kepada 4.8674/8734 daripada 4.8613/8684.

Ringgit juga susut berbanding yen kepada 3.9150/9199 daripada 3.9092/9151 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4606/4675 daripada 5.4551/4634 semalam.

 

[bernama]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply