Robot Jadi Pelayan di Restoran Nasi Kandar Penang
Robot Jadi Pelayan di Restoran Nasi Kandar Penang
George Town, MTN – Kekurangan pekerja akibat pandemik COVID-19 tidak menjadi penghalang kepada pemilik Restoran Kayu Nasi Kandar Original Penang, Bukit Jambul di sini memastikan operasi perniagaannya terjejas.
Sebaliknya, Burhan Mohamed, 59, mengambil inisiatif menggunakan khidmat robot sebagai pelayan untuk menghantar makanan dan minuman kepada pelanggan di restoran tersebut.
Jelas beliau, langkah itu diambil bagi memastikan isu kekurangan pekerja ketika ini dapati diatasi sementara menunggu kerajaan memberi kelonggaran mengambil semula pekerja asing masuk ke negara ini bagi sektor perkhidmatan makanan.
“Kami merupakan restoran nasi kandar pertama di negeri ini yang menggunakan khidmat robot sebagai pelayan sebagai jalan penyelesaian sementara berkaitan isu kekurangan pekerja.
“Kami kekurangan pekerja hampir 50 peratus akibat COVID-19 di mana kini hanya 25 pekerja di sini berbanding 50 orang sebelum ini.
“Penggunaan empat pelayan robot di restoran ini juga dilihat mampu meringgan bebanan kerja kakitangan sedia ada,” katanya.
Mengulas lanjut Burhan berkata, robot pelayan itu juga turut digunakan di dua cawangan restorannya di Lembah Klang sejak enam bulan lalu.
“Kita lihat pelayan robot ini berupaya membawa pesanan sebanyak 30 gelas minuman dipesan pelanggan pada satu-satu masa.
“Setakat ini penggunakan robot sebagai pelayan amat membantu namun ia hanya sebagai penyelesaian sementara kerana bagi saya kakitangan lebih mesra atau mudah memahami kehendak pelanggan,” ujar beliau.
Robot berkenaan menjadi perhatian pengunjung dan ada yang sengaja memesan minuman beberapa kali susulan teruja dengan perkhidmatan baharu itu.
Setiap sebuah robot itu dibeli dengan harga RM45,000 dan ia berupaya ‘bekerja’ selama 12 jam setiap hari selepas dicaj kira-kira empat jam.
Sementara itu, seorang pelanggan, S. Pathmanathan mengaku teruja melihat robot sebagai pelayan di restoran tersebut memandangkan penggunaannya biasanya dipraktikkan oleh penduduk luar negara.
“Saya tak sangka penggunaan teknologi sebegini di restoran nasi kandar malah ia membuatkan saya lebih teruja untuk memesan minuman berulang kali bagi mendapatkan perkhidmatan daripada pelayan robot tersebut.
“Saya tahu mereka menggunakan perkhidmatan robot sebagai pelayan pada Jumaat lalu ketika datang ke sini bagi menikmati teh tarik,” katanya.
Menurut seorang lagi pelanggan, Datuk Abdul Rahim Isahak, penggunaan robot pelayan sesuai digunakan ketika ini bagi mengurangkan kontak sentuhan antara pelayan dan pelanggan dalam mengekang penularan COVID-19.
“Saya memang selalu datang ke sini namun hari ini lebih teruja apabila melihat pemilik restoran ini mengambil inisiatif baru selain memberi kelainan dalam perkhidmatannya kepada pelanggan,” katanya.
[MG]
Author Profile
Latest entries
- Kabar LainDecember 22, 2021Peningkatan Paras Air di Sebahagian Shah Alam
- Seni & HiburanDecember 22, 2021Uyaina Teruskan Majlis Nikah Walaupun Pelamin Tenggelam
- EkonomiDecember 21, 2021Swift Haulage Berhasil Disenaraikan di Pasaran Utama
- Top NewsDecember 21, 202117 Disahkan Terkorban Akibat Banjir di Selangor