Saifuddin: Mana Satu yang Betul, Azmin ke Takiyuddin?
Saifuddin: Mana Satu yang Betul, Azmin ke Takiyuddin?
Kuala Lumpur, MTN – Perbezaan pendapat dua menteri berhubung perkhidmatan berkaitan guaman sama ada ia dibenarkan beroperasi atau tidak semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi sindiran pihak pembangkang.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara sinis dengan mengaitkan kedua-duanya mungkin sudah berbincang dalam grup WhatsApp sebelum mengeluarkan kenyataan.
“Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) kata perkhidmatan berkaitan guaman boleh dibuka. Menteri Undang-Undang (Datuk Takiyuddin Hassan) kata tak boleh.
“Yang mana satu ini? Mungkin bincang dalam group WhatsApp dulu sebelum keluar kenyataan media,” sindirnya dalam ciapan Twitternya hari ini.
Saifuddin juga memuatnaik kenyataan daripada Majlis Peguam semalam yang menyatakan kekeliruan dengan arahan Mohamed Azmin kerana pihaknya mendapati ia masih belum dibenarkan oleh Takiyuddin.
Author Profile
Latest entries
- NationalAugust 25, 2021Fokus PRU15, Bukan Kerusi Pengerusi PH Atau Ketua Pembangkang
- NationalAugust 25, 2021Hadi Awang: Taliban dah Berubah, Jangan Percaya pada Media Jahat
- NationalAugust 25, 2021Menjelang Pengumuman Kabinet, Ulama Pas: Jangan Sesiapa Jadi ‘Abang Long’
- PolitikAugust 25, 2021Puad: Lantik Azmin Ali Sebagai TPM Umpama Bunuh Diri