Kadir Jasin: Muhyiddin Mengambil Peluang Penuh Daripada Penyebaran Wabak | Malaysia News
February 15, 2025

Kadir Jasin: Muhyiddin Mengambil Peluang Penuh Daripada Penyebaran Wabak

Kadir Jasin: Muhyiddin Mengambil Peluang Penuh Daripada Penyebaran Wabak

Kadir Jasin: Muhyiddin Mengambil Peluang Penuh Daripada Penyebaran Wabak

Kuala Lumpur, MTN – Tokoh wartawan A Kadir Jasin berkata bahawa Muhyiddin Yassin telah mengambil peluang penuh daripada penyebaran wabak Covid-19 dan keadaan ekonomi semasa untuk memperkukuh kedudukan sebagai perdana Menteri.

“Dia (Muhyiddin) menggunakan pandemik ini sebagai alasan untuk menangguhkan sidang Dewan Rakyat dari 9 Mac kepada 18 Mei. Ini akan berikannya masa untuk mengumpulkan sokongan jika terdapat undi tidak percaya terhadapnya,” katanya.

Menulis dalam blognya, Kadir juga mendakwa perintah kawalan pergerakan (PKP) juga digunakan oleh Muhyiddin untuk memperkukuh kedudukan dalam Bersatu.

“Kesemua anggota parti, termasuk mesyuarat agung bahagian dan pemilihan kepimpinan ditangguhkan,” kata bekas penasihat media perdana menteri ketika era Dr Mahathir Mohamad itu.

Mahathir telah menang tanpa bertanding bagi jawatan pengerusi Bersatu manakala Muhyiddin itu akan mempertahankan jawatannya.

Kadir juga berkata tindakan Muhyiddin tidak melantik timbalan perdana menteri juga menguntungkannya.

“Sebaliknya dia melantik empat menteri kanan yang secara teorinya terhutang budi dengannya dan oleh itu tidak akan bergabung untuk mencabarnya,” kata Kadir.[MK]

Facebook Comments

Author Profile

Anand Pavit

About The Author

Leave a Reply