Wabak Covid-19, Tun M: Sekarang Bukan Masa Cari Siapa Popular | Malaysia News

Wabak Covid-19, Tun M: Sekarang Bukan Masa Cari Siapa Popular

Wabak Covid-19, Tun M: Sekarang Bukan Masa Cari Siapa Popular

Kuala Lumpur, MTN – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata krisis yang tercetus akibat wabak Covid-19 perlu ditangani secara bersama bagi mengatasi masalah itu dan “bukan untuk cari siapa yang lebih popular.”

“Kita seharusnya berusaha mendepani dan menangani krisis ini secara bersama.

“Kita bukan sahaja perlu ucap terima kasih kepada barisan hadapan, bahkan kita perlu sama-sama tunjuk sokongan dan beri perhatian dengan menyahut nasihat-nasihat yang diberikan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini,” katanya ringkas menerusi siri ciapan di akaun Twitternya @chedetofficial hari ini.

Bagaimanapun, MP Langkawi tidak menjelaskan secara terperinci maksud ‘pihak yang ingin mencari populariti’ dalam hantarannya itu.

Hari ini, Malaysia merekodkan 153 kes baru Covid-19 dengan jumlah keseluruhan 4,683 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan jumlah kes aktif hari ini adalah 2,499 kes, dan terdapat tiga kematian hari ini yang berkaitan dengan Covid-19, menjadikan jumlah korban seramai 76 mangsa.

Menurut data daripada Johns Hopkins University terdapat hampir 1.8 juta kes positif terkumpul Covid-19 di seluruh dunia setakat hari ini, dengan jumlah kematian global meragut nyawa 110,052 orang.

Amerika Syarikat mengatasi Itali pada hari Sabtu sebagai negara yang mencatatkan jumlah kematian akibat Covid-19 tertinggi, dengan mencatatkan lebih 20,000 kematian sejak wabak itu bermula.

Terdapat 530,200 kes positif wabak itu di AS setakat ini.[MK]

Facebook Comments

About The Author

Leave a Reply